
Pelakon Janna Nick membuat kejutan istimewa untuk rakan seperjuangannya Azar Azmi selepas sekian lama mereka tidak bertemu.
Artikel Berkaitan: Janna Nick Nafi Buka Akaun Threads Palsu – ‘Saya Dekat Jepun, Macam Mana Pula Nak Buat Fake Account Dari UK?’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Azar Azmi Perlahankan Karier Demi Hormati Keputusan Mentua – ‘Saya Tak Nak Derhaka’
Perkongsian Janna
Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama lengkap Nurul Jannah Munner, 31, memuat naik video pertemuan mereka itu.
Janna dilihat menyembunyikan diri di sebalik dinding sebelum Azar membuka pintu dan kemudian mereka berpelukan dalam keadaan sebak.
Hari ini nak jumpa dengan kawan yang lama menghilang.
Geram aku, nak marah sebenarnya. Aku tak nak menangis.
Aku tak nak tanya kau apa-apa, hari ini kita makan sahaja.
Dalam masa yang sama, Janna meluahkan rasa simpati dengan nasib yang menimpa pelakon drama Nur 2 itu dan berharap agar dia tidak lagi menghilangkan diri selepas ini.
Saya tahu dia penat…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: