
PETALING JAYA – Bersempena sambutan Hari Ibu pada bulan Mei, Anantara Desaru Coast Resort & Villas di Desaru Coast, Johor menawarkan pengalaman percutian menerujakan dengan penuh kemewahan kepada keluarga yang mahu meraikan orang tersayang.
Pada hujung minggu ini, Sedili Garden Resort akan menganjurkan pengalaman eksklusif berkonsepkan ‘Garden of Love’, bagi wanita paling penting dalam hidup sesebuah keluarga dengan sambutan alfresco yang penuh kehangatan dan kegembiraan.
Berlatar belakangkan pemandangan indah daripada bar infiniti dan kolam renang serta dikelilingi flora tropika selain cahaya semulajadi, pengalaman menikmati menu makanan lazat bersama ibu dan keluarga, menjadikan suasananya cukup menenangkan bagi keluarga yang berkumpul.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan, setiap ibu yang diraikan bersempena Hari Ibu di resort itu bakal menikmati penjimatan sehingga 50 peratus bagi menikmati set makanan yang ditawarkan pada harga penuh RM218 seorang dan juga…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: