
Hasrat untuk menikmati subsidi bahan api dengan cara yang salah akhirnya membawa padah apabila seorang pekerja stesen minyak warga Bangladesh didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret hari ini, selepas mengaku bersalah atas kesalahan memiliki dan menyalahgunakan MyKad milik dua rakyat Malaysia.
Majistret Aina Azahra Arifin menjatuhkan hukuman denda RM5,000 atau tujuh bulan penjara bagi setiap satu pertuduhan ke atas tertuduh, Md Jakir Hossain, 50.
Tertuduh kemudiannya dilaporkan membayar jumlah denda tersebut sepenuhnya.
Kejadian yang berlaku di sebuah stesen minyak di Jalan Pahang itu terbongkar apabila salah seorang mangsa, seorang akauntan, menyedari kuota subsidi BUDI95 miliknya menyusut secara mendadak.
Menurut fakta kes, baki subsidi pengadu didapati berkurangan daripada 94.937 liter kepada 44.637 liter pada 22 April lalu. Curiga dengan pengurangan tersebut, mangsa segera membuat semakan dengan pusat khidmat Budi MADANI yang kemudiannya…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: