
Mohd Khalid (tengah) menunjukkan sebahagian daripada barang rampasan pada sidang media mengenai Ops Cyber Guardian 2026 di Bukit Aman, hari ini. Kredit foto: Ahmad Ukasyah/Harian Metro
Bayangkan dalam satu operasi sahaja, polis sudah mengenal pasti lebih 100 individu dalam radar siasatan berkaitan jenayah eksploitasi seksual kanak-kanak dalam talian.
Itu yang didedahkan menerusi Op Cyber Guardian, operasi besar-besaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menyaksikan 69 individu ditahan, termasuk penjawat awam, dalam tempoh 6 hingga 8 April lalu.
Lebih membimbangkan, operasi ini bukan sekadar melibatkan Malaysia sahaja, tetapi digerakkan secara rentas sempadan bersama tujuh negara iaitu Singapura, Thailand, Brunei, Hong Kong, Korea Selatan dan Jepun, membuktikan bahawa isu ini bukan lagi jenayah tempatan, tetapi rangkaian global.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata operasi ini sebenarnya berlangsung lebih panjang iaitu dari 23 Mac hingga 17 April, dengan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: