
Skuad Thailand sudah mendedahkan barisan pemain yang bakal membawa cabaran negara tersebut dalam saingan TM ISTAF Piala Dunia Sepaktakraw 2026.
Melihatkan kepada senarai yang dikeluarkan Persatuan Sepak Takraw Thailand semalam, lima tekong telah dinamakan dalam misi untuk kembali menebus maruah mereka.
Lima pemain yang dimaksudkan ialah Jakkrit Thinbangbon, Kritsada Sungvung, Sittipong Khamchan, Kritsanapong Nontakote dan Pornthep Tinbangbon.
Kritsada merupakan tekong utama Perak Bison dalam saingan STL bagi musim 2024 dan 2025.
Bagi posisi perejam pula, Thailand terus meletakkan kepercayaan buat Phutawan Sopa dan Tanaphon Sapyen. Dua lagi slot diisi Pichet Pansan dan Jirasak Pakbuangoen.
Tindakan drastik diambil di posisi pengumpan apabila hanya tiga pemain disenaraikan iaitu Marukin Phanmakon, Wuttinon Kamsanor dan Wichan Temkort.
Dengan senarai yang telah dikeluarkan, tiada kelibat pemain-pemain seperti Siriwat Sakha, Thawisak Thongsai, Varayut…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: