Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Luahan Aedy Ashraf Buat Ibu Undang Perhatian

today11 May 2026

Background
‘Saya Mungkin Tak Dapat Hadiahkan Ibu Segulung Ijazah…’ – Luahan Aedy Ashraf Undang Perhatian


Luahan istimewa pelakon, Aedy Ashraf yang ditujukan khas kepada ibunya sempena Hari Ibu mengundang perhatian ramai.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aedy Ashraf Mahu Wanita ‘Simple’ Sebagai Isteri – ‘Saya Nak Keluarga Yang Tak Pernah Ada’

Artikel Berkaitan: Reunion ‘Mawi & Ila’, Fatin Afeefa Bangga Lihat Kejayaan Aedy Ashraf 

View on Threads

Menerusi perkongsiannya di Threads, Aedy menyifatkan kejayaan filem arahannya, Tarung: Unforgiven sebagai hadiah buat ibunya.

Katanya, meskipun tidak dapat menghadiahkan segulung ijazah kepada ibunya, kejayaan ini diibaratkan seperti hari graduasinya.

Ibu, terima kasih. Ini untuk ibu.

Saya mungkin tidak dapat menghadiahkan ibu segulung ijazah, tetapi ini terasa seperti hari graduasi saya.

Filem pertama saya dihasilkan dengan segala kasih sayang, pengajaran dan pengorbanan yang ibu berikan sepanjang saya membesar.

Saya harap saya telah membuat ibu bangga.
Selamat Hari Ibu.

Sumber: Threads



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hanis Zariman


Previous post