Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Fauziah Latiff Pukau 3,000 Peminat Di Konsert KLCC 4 Dekad

today11 May 2026

Background
Fauziah Latiff Buktikan Aura Masih Padu, Lebih 3,000 Peminat Padati Konsert 4 Dekad Di KLCC


Diva pop tersohor tanah air, Fauziah Latiff sekali lagi membuktikan bahawa auranya masih kuat dan tidak pernah pudar apabila berjaya memukau lebih 3,000 peminat dalam konsert istimewa 4 Dekad Fauziah Latiff Live In Concert yang berlangsung di Plenary Hall KLCC, baru-baru ini.

Konsert yang sudah lama dinantikan ini bukan sekadar sebuah persembahan, tetapi menjadi perjalanan seni empat dekad Fauziah yang sarat dengan memori, emosi dan penghargaan buat peminat setia yang membesar dengan lagu-lagunya.

Artikel Berkaitan: ‘Kalau Tak Bertembung, Memang Saya Datang’ – Shila Amzah Ralat Tidak Dapat Hadir Konsert Fauziah Latiff

Artikel Berkaitan: ‘Jangan Expect Saya Menyanyi Macam Dulu’ – Fauziah Latiff Mohon Maaf Lambat Jayakan Konsert Solo

Nostalgia Fauziah Latiff meledak, satu dewan berdiri

Sepanjang lebih dua jam persembahan, Fauziah membawa penonton menyelusuri zaman kegemilangannya menerusi deretan lagu malar segar yang cukup dekat di hati ramai. Antara yang mencuri tumpuan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Pelatih Industri


Previous post