Temasya Budaya Perak 2026 (TBP2026) akan menampilkan pelbagai acara yang menggabungkan kesenian dan kebudayaan setempat selain program interaktif, pertandingan, pameran, jualan serta demonstrasi budaya tempatan. TBP2026 akan diadakan pada 24 hingga 26 Julai 2026 (Jumaat hingga Ahad) bertempat di Dataran Udang Galah, Teluk Intan, Perak. Semua dijemput hadir!
COLOURS OF MALAYSIA ‘RAIKAN KEPELBAGAIAN BUDAYA’
Datang beramai-ramai ke Tebing Bandar Dato’ Onn pada 30 Mei 2026 (Sabtu) jam 9.00 malam. Pelbagai aktiviti menarik menanti anda, semua dijemput hadir!
