
Ketua Menteri Tamil Nadu yang baharu mendapat mandat rakyat, yang juga bekas bintang filem terkenal India, C. Joseph Vijay, membuat keputusan besar apabila mengarahkan penutupan 717 premis arak milik kerajaan negeri di bawah Tamil Nadu State Marketing Corporation (TASMAC).
Arahan itu dikeluarkan hanya beberapa bulan selepas beliau mengambil alih tampuk pentadbiran negeri berkenaan.
Keputusan tersebut dibuat selepas audit menyeluruh dijalankan terhadap ribuan premis arak di seluruh Tamil Nadu. Hasil semakan mendapati ratusan premis didakwa beroperasi terlalu hampir dengan kawasan sensitif awam seperti rumah ibadat, sekolah, institusi pendidikan dan terminal bas.
Rumah ibadat ini termasuk kuil dan masjid yang dianggap tempat suci untuk mereka yang menjalankan ibadat keagamaan masing masing.
Daripada jumlah keseluruhan premis yang diarahkan tutup, sebanyak 276 kedai dikenal pasti berada berhampiran rumah ibadat, manakala 186 lagi berada dekat sekolah…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: