
KUALA LUMPUR – Usahawan tempatan perlu lebih berani meneroka pasaran lebih besar dengan memanfaatkan jaringan strategik serta transformasi digital bagi memastikan perniagaan mampu berkembang ke peringkat antarabangsa.
Pengerusi Kumpulan KNKV, Datuk Seri Zurainah Musa berkata, keadaan ekonomi global yang tidak menentu ketika ini bukan alasan untuk usahawan berundur, sebaliknya perlu dijadikan pemangkin untuk mencari peluang baharu dan memperkukuh daya tahan syarikat.
Katanya, program Seven Mega Growth Strategies 2026 menjadi platform penting menghimpunkan pelbagai syarikat daripada perusahaan sederhana sehingga konglomerat besar bagi membuka ruang kerjasama lebih luas kepada usahawan tempatan.
“Menerusi rangkaian yang betul, syarikat tempatan berpotensi untuk melangkah keluar ke pasaran antarabangsa serta mampu bertahan dalam jangka panjang,” katanya.
Program itu dirasmikan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Dr Fuziah Salleh dan disertai…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: