
Nama Jose Mourinho kembali hangat diperkatakan apabila beberapa laporan dari Eropah mendakwa beliau semakin hampir untuk kembali mengendalikan Real Madrid, lebih sedekad selepas meninggalkan Santiago Bernabeu.
Jurulatih Portugal itu dikatakan menjadi antara calon utama yang sedang dipertimbangkan pihak pengurusan Los Blancos bagi mengetuai projek baharu kelab tersebut.
Mourinho bukan nama asing buat penyokong Real Madrid. Beliau pernah membimbing kelab gergasi Sepanyol itu dari tahun 2010 hingga 2013 dan meninggalkan impak besar sepanjang tempoh tersebut.
Di bawah kendaliannya, Madrid berjaya memenangi gelaran La Liga, Copa del Rey dan Supercopa Sepanyol, selain terkenal dengan pasukan yang mencatat rekod jaringan luar biasa ketika era tersebut yang bersaing dengan era emas Barcelona di bawah Pep Guardiola.
Walaupun tempohnya di Bernabéu dipenuhi pelbagai kontroversi dan persaingan sengit terutama menentang Barcelona kendalian Pep Guardiola,…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: