
Penantian ramai akhirnya terjawab apabila penyanyi Aisha Retno diumumkan secara rasmi sebagai watak utama Puteri Gunung Ledang bagi pementasan teater Puteri Gunung Ledang The Musical.
Artikel Berkaitan: ‘Reward Diri Sendiri Dengan Mic Custom-Made Selepas 8 Tahun Dalam Industri’ – Aisha Retno
Galas watak ikonik


Pengumuman tersebut dibuat oleh pihak produksi menerusi satu hantaran di Instagram sekali gus menamatkan teka-teki mengenai siapakah figura yang bakal menggalas karakter ikonik berkenaan.
Pemilihan Aisha nyata mengundang keterujaan peminat dan pencinta teater yang rata-ratanya tidak sabar untuk menyaksikan penyanyi itu membawa watak legenda tersebut ke pentas.
Aisha menerusi ucapan ringkasnya di Instagram Story berkata dia akan menggalas tanggungjawab tersebut dengan sebaiknya.
Akan ku galas tanggungjawab gusti puteri ini, bismillah.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut menzahirkan ucapan tahniah selain menyifatkan Aisha sebagai pilihan tepat untuk memegang watak…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: