
Umat Islam di seluruh negara bakal meraikan Hari Raya Aidiladha pada Rabu, 27 Mei ini.
Pengisytiharan tarikh berkenaan yang bersamaan dengan 10 Zulhijah 1447 Hijrah telah diumumkan oleh Pemangku Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Muhammad Affendi Jalaludin, melalui siaran langsung di televisyen malam tadi.
“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka saya, bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, dengan ini mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1447 Hijrah ialah pada 18 Mei.
“Oleh yang demikian, Hari Raya Aidiladha ialah pada 10 Zulhijjah bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Rabu, 27 Mei 2026 Masihi,” katanya.
Keputusan itu dibuat susulan aktiviti cerapan anak bulan yang dijalankan di 29 lokasi strategik seluruh negara pada petang Ahad.
…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: