
Kisah penuh drama penantian selama 18 tahun Perak untuk menjulang kembali trofi Piala Malaysia kini diabadikan dalam bentuk karya fizikal menerusi pelancaran buku sukan indie bertajuk “KEJOR: 120 Minit Gila Di Shah Alam”.
Karya penulisan sulung oleh Meor Abdullah Syamim, seorang pengamal media sukan tempatan dan anak jati Chemor, dilancarkan secara rasmi petang semalam dalam satu majlis eksklusif bertempat di TwentyOne.cafe, Meru.

Lebih menarik, kafe tersebut adalah kepunyaan salah seorang wira skuad Perak dalam kejayaan di Stadium Shah Alam itu, Nazirul Naim Che Hashim.
Nazirul yang kini sudah bersara daripada kancah bola sepak profesional turut diberikan penghormatan sebagai tetamu khas pada majlis tersebut.
Buku ini membawakan kronologi terperinci, sorotan emosi belakang tabir, serta debaran kemuncak perlawanan Akhir Piala Malaysia 2018 yang menyaksikan skuad The Bos Gaurus bangkit dalam drama penuh…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: