
Jenama kenderaan berprestasi tinggi mewah Jerman, BRABUS, telah memperkenalkan BRABUS BODO, sebuah supercar Gran Turismo coupe 2+2 tempat duduk yang dibina khas secara coachbuilt.
Kereta mewah ini dicipta sebagai penghormatan kepada pengasas syarikat, Bodo Buschmann.
Menurut CEO BRABUS, Constantin Buschmann, projek ini direalisasikan bagi menghidupkan impian bapanya yang telah lama terpendam serta menghormati legasi beliau.

“Hampir lima puluh tahun yang lalu, ayah saya telah memutuskan untuk memulakan perniagaan beliau sendiri. Semangat dan minat mendalam beliaulah yang telah membina BRABUS.”
“Walau bagaimanapun, terdapat sebuah kenderaan yang sering diperkatakan oleh beliau, namun akhirnya tidak sempat untuk direalisasikan. Ia merupakan sebuah impian yang telah lama dipendamnya.
“Hari ini, kami memberikan penghormatan terhadap legasi beliau dengan akhirnya merealisasikan impian tersebut. Dan,…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: