Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

DRB-HICOM catat hasil RM4.76 bilion suku pertama

today22 May 2026

Background


PETALING JAYA – DRB-HICOM Berhad (DRB-HICOM) mencatat hasil sebanyak RM4.76 bilion, naik 15.7 peratus bagi suku  pertama berakhir 31 Mac 2026 (S1 2026) berbanding RM4.11 bilion pada suku yang sama tahun sebelumnya (S1 2025).

Pertumbuhan hasil ini dipacu oleh sumbangan yang lebih kukuh daripada segmen mobiliti, perbankan dan pos.

Antara pemacu utama termasuklah peningkatan volum daripada jualan Proton, penyatuan CTRM AeroSystems Sdn. Bhd. (dahulunya dikenali sebagai Spirit AeroSystems Malaysia Sdn. Bhd.) susulan pengambilalihannya baru-baru ini, peningkatan pendapatan
pembiayaan di Bank Muamalat serta penambahbaikan dalam aktiviti penerbangan, kurier dan logistik dalam kumpulan Pos Malaysia.

Kumpulan mencatatkan keuntungan pra-cukai (PBT) yang meningkat lebih dua kali ganda kepada RM192.40 juta, berbanding RM92.62 juta pada S1 2025.

Peningkatan ini didorong terutamanya oleh keuntungan yang lebih kukuh daripada Proton dan Bank Muamalat, serta pengurangan
kerugian dalam Kumpulan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post