
Seorang lelaki warga Rohingya yang cuba berlagak seperti orang kenamaan (VIP) dengan memandu sebuah Toyota Vellfire akhirnya terpaksa pulang berjalan kaki selepas kenderaan mewah tersebut disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam satu operasi di sini, semalam.
Kejadian berlaku apabila pemandu berusia 61 tahun itu, yang juga pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Ke Atas Pelarian (UNHCR), gagal mengemukakan lesen memandu yang sah ketika diminta oleh anggota penguat kuasa, petik Harian Metro.
Alasan Kecemasan Tidak Menjadi
Menurut Pengarah JPJ Melaka, Siti Zarina Mohd Yusop, lelaki tersebut ditahan dalam operasi harian yang dijalankan di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) berhampiran Peringit, bermula jam 4.30 petang sehingga tengah malam.
Semasa disoal siasat, lelaki berkenaan memberi alasan kononnya sedang tergesa-gesa untuk menghantar isterinya yang juga warga Rohingya ke hospital kerana mengalami sakit…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: