
Ketua jurulatih skuad sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharun tanpa berselindung berpendapat bahawa kem Thailand seharusnya lebih profesional dalam menangani kontroversi yang berlaku pada aksi final acara regu berpasukan dalam TM ISTAF Piala Dunia Sepaktakraw 2026 malam tadi.
Seperti yang semakin hangat diperkatakan, kem Thailand memutuskan untuk tidak meneruskan permainan ketika situasi genting sebagai tanda protes terhadap keputusan diambil pengadil dari Singapura, Mohd Radhi Che Mei.
Sehubungan dengan itu, Radhi akhirnya mengumumkan bahawa Malaysia telah diumumkan sebagai pemenang sekali gus menjuarai kejohanan.
Ahmad Jais Mahu Pemain Bersifat Profesional
Ahmad Jais yang jelas tidak begitu berpuas hati dengan cara pasukannya meraih kejayaan menyatakan pendapatnya berkenaan isu tersebut.
“Bagi saya secara peribadi, memang kita tidak berpuas hati dengan kemenangan sebegini. Namun dah rezeki pasukan kita untuk mencipta kejayaan dalam situasi…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: