Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Yuna Rahim Tegur Sikap Individu Suka Usik Budak

today26 May 2026

Background
‘Manusia Yang Suka Usik Budak Sampai Menangis Ini Sakit Otak’ – Yuna Rahim


Pelakon, Yuna Rahim meluahkan pandangan tegas terhadap sikap segelintir individu yang gemar mengusik kanak-kanak hingga menangis, serta menyifatkan perbuatan itu sebagai tidak wajar.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tak Ada Benda Yang Nak Dimalukan Artis Kahwin Dengan Kru’ – Yuna Rahim

Artikel Berkaitan: ‘Tak Faham Dengan Lelaki Yang Bercakap, Bergurau Tanpa Berfikir’ – Yuna Rahim

Jangan usik budak kecil

Menerusi satu hantaran di Threads, Yuna atau nama sebenarnya Shafiqah Husna Abdul Rahim menegaskan bahawa tindakan mengusik sehingga membuatkan kanak-kanak kecil berasa takut tidak sepatutnya dijadikan bahan gurauan.

Manusia yang suka mengusik budak sampai tahap menangis, lebih-lebih lagi yang umur baby dan toddler, awak ini sakit otak.

Tambah Yuna lagi, kanak-kanak pada usia awal perkembangan wajar dilayan dengan penuh kasih sayang dan bukannya dijadikan bahan usikan.

Lagi-lagi usik anak buah sampai menangis.

Budak umur golden age, jangan buli sampai menangis.

Sumber: Threads



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Pelatih Industri


Previous post