
PETALING JAYA – Hengyuan Refining Company Berhad (Hengyuan) mencatat untung bersih sebanyak RM525.55 juta bagi suku kewangan berakhir 31 Mac 2026 (S1 TK26), berbanding kerugian bersih sebanyak RM170.45 juta tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Keputusan kewangan ini menandakan syarikat kembali mencatat keuntungan, sekali gus mencapai untung bersih suku tahunan tertingginya sejak S2 TK22.
Hasil juga melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh dua tahun,hampir meningkat dua kali ganda tahun ke tahun kepada RM4.63 bilion berbanding RM2.40 bilion pada S1 TK25.
Prestasi yang lebih baik ini didorong oleh peningkatan purata harga jualan bagi semua
produk utama susulan ketegangan geopolitik yang berterusan di Timur Tengah dan ia juga disokong oleh operasi loji yang berdaya tahan dan stabil serta pengurusan risiko
kewangan yang berdisiplin, yang menyumbang kepada pertumbuhan hasil yang lebih tinggi.
Ketua Pegawai Kewangan Hengyuan, Yeo Bee Hwan berkata, pencapaian ini menyediakan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: