
PETALING JAYA – Petronas Dagangan Berhad (Petronas) mencatat peningkatan hasil sebanyak 23 peratus kepada RM11.2 bilion bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2026 berbanding suku pertama tahun lalu dipacu oleh harga jualan purata lebih tinggi dan peningkatan volum jualan.
Prestasi kewangan yang mantap mampu dicatat meskipun berdepan persekitaran pasaran minyak global yang tidak menentu.
Ini kerana syarikat mengekalkan operasi yang fokus dan konsisten sambil memastikan kualiti perkhidmatan serta kemudahan di seluruh rangkaiannya.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Azrul Osman Rani berkata, dalam pasaran yang tidak menentu kini, keutamaan syarikat jelas memastikan pelanggan terus bergerak dengan bekalan bahan api yang boleh dipercayai serta kualiti perkhidmatan yang konsisten.
Suku pertama mencerminkan kekuatan teras perniagaan kami dan disiplin pasukan.
“Kami akan terus memberi tumpuan kepada kecemerlangan operasi dan pendekatan berpusatkan pelanggan bagi…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: