
Kuching hari ini menjadi saksi kepada satu sambutan Gawai berskala besar apabila Grab Malaysia dan The Coca-Cola Company berjaya mencipta rekod baharu Malaysia Book of Records menerusi kategori ‘KONVOI KERETA E-HAILING TERBANYAK DALAM PERAYAAN GAWAI’.
Acara yang berlangsung sempena sambutan Gawai itu menyaksikan sebanyak 100 buah GrabCar, serta rakan-pemandunya, berkonvoi dari Waterfront Kuching menuju ke Kampung Annah Rais dalam suasana penuh meriah dan semangat kebersamaan.


Lebih menarik, kesemua kenderaan yang terlibat tampil dengan penjenamaan Coca-Cola sekali gus menjadikan konvoi tersebut menjadi antara tarikan utama sambutan Gawai tahun ini di Sarawak.
Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran YB Datuk Willie Mongin yang bersama-sama menyaksikan acara pelepasan konvoi tersebut.


Seawal pagi, suasana di Waterfront Kuching mula dipenuhi deretan GrabCar yang bersedia untuk sesi pelepasan rasmi sebelum bergerak ke Kampung Annah Rais.
Konvoi besar-besaran itu bukan sahaja berjaya…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: