Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Liverpool Capai Kata Sepakat Lantik Andoni Iraola Sebagai Ketua Jurulatih Baharu

today2 June 2026

Background
Andoni Iraola


Andoni Iraola dan Liverpool sudah mencapai kata sepakat untuk menjadi ketua jurulatih baharu skuad The Reds bagi menghadapi kempen 2026/27.

Memilih untuk tidak melanjutkan kontrak bersama Bournemouth, pengendali dari Sepanyol itu bakal menggantikan Arne Slot yang dipecat pada minggu lalu.

Sumber laporan yang dikongsikan oleh wartawan perpindahan terkenal Fabrizio Romano mendedahkan bahawa persetujuan antara Liverpool dan Iraola telah dimuktamadkan dengan pengumuman rasmi dijangka dibuat dalam masa terdekat.

Iraola yang sebelum ini mencuri perhatian menerusi kejayaannya membimbing Bournemouth di Liga Perdana Inggeris menjadi calon pilihan utama pihak pengurusan Liverpool sebaik keputusan dibuat untuk menamatkan khidmat Arne Slot.

Pengendali berusia 43 tahun itu dilaporkan akan menandatangani kontrak dalam beberapa hari lagi, manakala perbincangan berkaitan barisan kejurulatihan, struktur pasukan serta perancangan jangka panjang kelab sedang…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post

Sukan

Jersi bertuah Pele bernilai RM23.7 juta dilelong

New York: Jersi yang dipakai legenda bola sepak dunia, Pele ketika membantu Brazil menjuarai Piala Dunia 1958 bakal menjadi tumpuan utama dalam satu lelongan khas sempena kejohanan Piala Dunia tahun ini, menurut pengumuman dibuat oleh Sotheby's.

today2 June 2026