
Siapa sangka, selepas dua minggu bergelut dengan misteri belantara, kisah kehilangannya berakhir dengan senyuman kelegaan.
Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang dilaporkan hilang ketika menawan Gunung Batu Putih di Ipoh sejak 14 hari lalu, akhirnya ditemui dalam keadaan selamat petang ini.
Lebih melegakan, gambar pertama yang tular sejurus penemuannya memaparkan eksekutif rantaian bekalan itu kelihatan sihat sambil berselera menikmati semangkuk mi segera panas di sebuah pondok milik penduduk setempat!
Penemuan di Perkampungan Orang Asli
Kehilangan Jaslinda yang meresahkan ramai pihak akhirnya menemui titik noktah sekitar jam 3 petang tadi. Beliau ditemui oleh penduduk tempatan di kawasan perkampungan Orang Asli Lubuk Gaharu, Pos Musoh.
Penyelaras Sukarelawan Orang Asli, Chew Ho Beng, berkongsi rasa syukur atas penemuan tersebut.
“Mangsa berjaya ditemui oleh penduduk kampung di kawasan Lubuk Gaharu. Berdasarkan foto yang dikongsikan kepada…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: