
Dunia hiburan dan korporat tempatan gempar apabila maestro muzik tanah air, Datuk M Nasir, mengambil tindakan undang-undang drastik dengan memfailkan saman terhadap syarikat gergasi e-hailing, MyTeksi Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai Grab Malaysia.
Memetik laporan Berita Harian, tuntutan yang dikemukakan bukan palang-palang kerana nilainya dilaporkan mencecah dan melebihi RM5 juta.
Langkah berani ini diambil berhubung dakwaan penyalahgunaan nama dan reputasi ikonik beliau bagi tujuan pemasaran produk minuman tanpa kebenaran.
M Nasir, atau nama sebenarnya Mohd Nasir Mohamed, bersama syarikat pengurusannya, Luncai Emas Sdn Bhd, bertindak sebagai plaintif dalam kes ini.
Mereka telah memfailkan tindakan undang-undang tersebut di Mahkamah Tinggi Shah Alam, dengan menamakan MyTeksi sebagai satu-satunya defendan.
Berdasarkan writ saman yang difailkan, kontroversi ini tercetus apabila platform berkenaan didapati giat mempromosikan satu produk minuman…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: