
Kehangatan demam bola sepak Piala Dunia (World Cup) selalunya sinonim dengan sorakan malam suntuk di kedai mamak. Namun, Masjid Al Falah USJ 9, Subang Jaya baru-baru ini mencuri perhatian netizen dengan membawakan satu pendekatan yang cukup luar biasa, kreatif, dan berjiwa muda.
Masjid ini telah membuka ruang kepada para peminat tegar bola sepak untuk menyaksikan perlawanan secara langsung pada jam 3 pagi melalui skrin besar, sebelum menyambung pengisian malam dengan aktiviti qiamullail dan solat subuh berjemaah.
Satu konsep yang sangat santai tetapi sarat dengan pengisian bermakna, menggabungkan hiburan sukan dan aktiviti rohani di bawah satu bumbung yang sama.
Game Best, Suasana Padu!
Program inovatif ini dijadualkan berlangsung sepanjang musim kejohanan bola sepak terbesar dunia itu. Pihak masjid akan menayangkan perlawanan-perlawanan terpilih, terutamanya aksi pembukaan dan perlawanan awal pagi pada hujung minggu, bermula sekitar jam 12…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: