
PETALING JAYA – Mah Sing Group Berhad (Mah Sing) sekali lagi dinamakan dalam senarai Fortune Southeast Asia 500 yang berprestij, sekali gus menandakan pengiktirafan tahun ketiga berturut-turut sejak senarai itu diperkenalkan pada 2024.
Kemasukan Mah Sing dalam Fortune Southeast Asia 500 edisi 2026 mencerminkan keupayaan berterusan kumpulan itu dalam mencatat pertumbuhan, melaksanakan strategi secara konsisten serta kekal berdaya tahan dalam persekitaran pasaran yang sentiasa berubah.
Pengiktirafan dalam setiap edisi sejak pelancarannya, ia turut memperkukuh kedudukan kumpulan itu sebagai antara syarikat tempatan terkemuka Malaysia serta pemaju dipercayai dengan rekod prestasi lebih tiga dekad.
Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan Mah Sing, Tan Sri Leong Hoy Kum berkata, dengan tersebut untuk tahun ketiga berturut-turut, menunjukkan pengesahan bermakna tentang perjalanan pertumbuhan, daya tahan dan keupayaan Mah Sing untuk mencipta nilai jangka panjang yang mampan.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: