Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

8 Jam Duduk Tepi Lebuh Raya Sejak 1 Pagi, Tindakan Bomba Meru Pujuk Abang RX-Z Ini Curi Perhatian

today19 June 2026

Background
8 Jam Duduk Tepi Lebuh Raya Sejak 1 Pagi, Tindakan Bomba Meru Pujuk Abang RX-Z Ini Curi Perhatian


Kecekapan dan keprihatinan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya berjaya menyelamatkan seorang lelaki yang ditemukan dalam keadaan menggigil kesejukan di tepi lebuh raya, dipercayai akibat berdepan dengan masalah peribadi.

Insiden tersebut dilaporkan berlaku pada jam 9 pagi semalam ketika sepasukan anggota bomba sedang dalam perjalanan pulang daripada menyelesaikan satu operasi lain, petik Harian Metro.

Abang RX-Z Ditemukan Menggigil Sejak Awal Pagi

Pegawai Bomba Kanan I BBP Meru Raya, Nor Azam Abd Rahman memaklumkan bahawa pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima maklumat mengenai keberadaan lelaki tersebut daripada Pusat Gerakan Operasi (PGO).

Sebaik sahaja tiba di lokasi, anggota penyelamat mendapati lelaki berkenaan berada berhampiran sebuah motosikal jenis Yamaha RX-Z dalam keadaan lencun akibat hujan lebat yang melanda kawasan sekitar.

“Saya difahamkan dia sebenarnya telah berada di situ sejak jam 1 pagi. Apabila…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post