Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Elridge Energy catat untung bersih RM57.31 juta, dipacu pasaran serantau

today22 June 2026

Background


KUALA LUMPUR – Syarikat pengeluar bahan api biomassa, Elrigde Energy Holdings Berhad (Elrigde Energy) mencatatkan keuntungan selepas cukai sebanyak RM57.31 juta bagi tahun kewangan berakhir (FY2025) pada 31 Disember 2025.

Angka keuntungan syarikat pengeluar bahan api berasaskan tempurung isirung sawit (PKS) dan pelet kayu itu meningkat 39.2 peratus berbanding RM41.17 juta yang direkodkan pada tahun sebelumnya.

Prestasi itu dicapai seiring peningkatan hasil kepada RM431.98 juta berbanding RM389.05 juta pada FY2024, didorong permintaan berterusan terhadap produk bahan api biomassa dalam pasaran serantau.

Selain itu, keuntungan sebelum cukai syarikat meningkat kepada RM75.90 juta daripada RM56.35 juta, manakala margin keuntungan kasar berkembang kepada 23.91 peratus berbanding 20.99 peratus sebelum ini hasil kecekapan operasi yang lebih baik.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Oliver Yeo berkata, syarikat memulakan FY2026 dengan prestasi memberangsangkan selepas merekodkan keputusan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post