
Bayangkan pada satu ketika, anda memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dengan keuntungan syarikat mencecah jutaan ringgit.
Namun sekelip mata, hidup berubah arah dan anda kini mencari rezeki dengan menghantar makanan. Inilah realiti yang dihadapi oleh Indera Aria Wee Jeeny, seorang bapa kepada dua cahaya mata yang berusia 40 tahun.
Bangunkan aplikasi delivery makanan

Pada Oktober 2019, Indera telah mengasaskan platform pesanan dan penghantaran makanan tempatan yang dikenali sebagai ODA Malaysia.
Platform ini berkembang dengan sangat pantas dan berjaya mendominasi pasaran Pantai Timur sebagai salah satu pemain utama di Kelantan, Terengganu, dan Kedah.
Pada zaman kegemilangannya, ODA Malaysia menguruskan sekitar 3,000 orang rider yang aktif serta mencatatkan keuntungan luar biasa mencecah RM6 juta.
Malah, syarikat tersebut turut menjadi rakan strategik di bawah Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: