
Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah menzahirkan rasa syukur dan gembira apabila adik kesayangannya yang juga pelakon, Didi Astillah, selamat bergelar isteri kepada pilihan hati, Diniey Ng.
Artikel Berkaitan: Nikah Di Hari Asyura, Didi Astillah Kini Sah Isteri Diniey Ng
Ucapan Bella untuk Didi


Bella, 32, berkata, dia mendoakan agar rumah tangga yang dibina Didi berkekalan hingga ke akhir hayat serta dipenuhi kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Kak Long (Bella) sentiasa mendoakan kebahagiaan adik. Dari kecil kita sentiasa bersama-sama. Hari ini, tak sangka adik sudah bergelar isteri. Semoga adik bahagia bukan sahaja sampai ke hari tua, malah hingga ke syurga.
Bella berkata demikian ketika ditemui pada majlis pernikahan Didi dan Diniey yang berlangsung di Cyberjaya, pada Jumaat.
Dalam pada itu, Bella turut menitipkan beberapa pesanan buat adiknya yang kini memulakan kehidupan sebagai seorang isteri.
Menurutnya, alam rumah tangga bukanlah satu perjalanan yang sentiasa indah, namun setiap…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: