
Kisah jurulatih legenda, mendiang Karl-Heinz Weigang ketika mengendalikan skuad Perak kini diabadikan apabila sebuah buku khas mengenai perjalanan beliau bersama pasukan tersebut baharu sahaja dilancarkan sebentar tadi.
Ia sebagai penghargaan terhadap sumbangan besar jurulatih dari Jerman itu dalam arena bola sepak negeri.
Buku bertajuk ‘Karl-Heinz Weigang: Kisah Di Sebalik Tabir, Di Bumi Perak’ hasil tulisan Zubir Shaharani, yang juga merupakan bekas kakitangan skuad Perak serta pernah berkhidmat di bawah mendiang sendiri, menghimpunkan pelbagai kisah di sebalik tabir sepanjang era Weigang membimbing pasukan tersebut.
Majlis pelancaran buku berkenaan diadakan di MU Hotel, Ipoh, dan dirasmikan oleh bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), YB Dato’ Zainol Fadzi bin Hj Paharudin yang juga merupakan ADUN Sungai Manik.
Penerbitan buku ini bukan sekadar dokumentasi sejarah tetapi juga satu usaha untuk mengangkat kembali legasi Weigang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: