Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Rumah Padi Ihsanku bantu ibu tunggal jana pendapatan

today28 June 2026

Background


KUALA LUMPUR – Seramai 120 ibu tunggal yang menjaga 60 anak yatim di Kampung Budun, Patani, Thailand dijangka menikmati kehidupan lebih baik menerusi pembinaan Rumah Padi Anak Yatim Budun.

Fasiliti itu yang bakal menjadi pusat pemprosesan, penyimpanan dan pembungkusan hasil padi komuniti itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Ihsanku Malaysia, Syariffuddin Supeni berkata, projek itu dilancarkan bagi membantu komuniti berkenaan keluar daripada kebergantungan kepada pihak luar yang selama ini mengenakan caj pemprosesan tinggi sehingga menjejaskan pendapatan mereka.

“Kempen yang berlangsung dari Jun 2026 hingga Jun 2027 itu bukan sekadar membina sebuah bangunan, sebaliknya mewujudkan sistem ekonomi yang mampu menjamin kelangsungan hidup ibu tunggal dan anak-anak yatim.

“Rumah Padi Anak Yatim Budun adalah projek maruah. Kita mahu ibu tunggal di kampung ini tidak lagi terpaksa menjual padi mentah pada harga rendah atau bergantung kepada pihak luar yang mengenakan caj…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post