
Pemain tengah England, Jordan Henderson dikhuatiri mengalami kecederaan pergelangan tangan dan bahu yang agak merisaukan ketika meraikan kemenangan dramatik pasukannya ke atas Mexico dalam aksi pusingan 16 Piala Dunia 2026.
Henderson yang mahu kembali ke padang selepas meraikan kejayaan manis itu bersama penyokong dilihat terjatuh sebaik dalam usahanya memanjat papan iklan.
Tangan kirinya yang memegang bahagian atas papan itu dilihat tergelincir hingga menyebabkan lompatan Henderson menjadi tidak stabil lalu terjatuh.
Pemain tengah itu bertindak menggunakan tangan kirinya untuk mendarat di atas padang menyebabkan kecederaan dialami dan kemudiannya terpaksa meninggalkan padang dengan menggunakan pengusung.
Kelihatan barisan rakan sepasukannya yang lain membuat ‘benteng manusia’ ketika beliau sedang menerima rawatan sebelum diusung keluar.
Jordan Henderson slowed down video. he snapped his arm. pic.twitter.com/jIeC8RIJcU
— 🇬🇧…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: