Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

‘Bathtub’ Jadi Katil, Bilik Mandi Di Bukit Bintang Dijadikan Bilik Sewa RM950

today6 July 2026

Background
'Bathub' Jadi Katil, Bilik Mandi Di Bukit Bintang Dijadikan Bilik Sewa RM950


Satu iklan bilik sewa mencuri perhatian warganet apabila bilik sewa itu merupakan sebuah bilik mandi.

Iklan tersebut disedari oleh seorang pengguna Threads @missfawaa ketika beliau sedang mencari bilik sewa.

“Tengah mencari bilik untuk disewa, terjumpa ini. Tergamak ya buat tandas sebagai bilik untuk bagi sewa dekat orang,” katanya.

 

 

Tab Mandi Jadi Katil Dalam ‘Bilik Sewa’

Menerusi gambar yang dikongsikan oleh pengiklan, ‘bilik sewa’ berharga RM950 itu merupakan sebuah bilik air, berdasarkan kedudukan cermin, sinki, pengering tangan, cermin dandanan dan lampu meja solek.

Untuk menjadikannya sebagai ‘bilik sewa’, ruangan itu ditambah dengan langsir yang dipasang pada tingkap di sebelah tab mandi.

Pada masa sama bahagian atas tab mandi pula diletakkan tilam dan bantal untuk dijadikan ‘katil’ buat penyewa. Di sebelah ‘katil’ itu pula mempunyai meja kecil.

Hantaran Threads itu mengundang pelbagai reaksi warganet yang…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post