
Demam bola sepak kini semakin terasa apabila saingan memasuki fasa paling mendebarkan.
Bagi peminat yang tidak mahu sekadar menonton perlawanan secara bersendirian, VOCKET tampil dengan sesi watchalong khas bagi aksi Perancis menentang Maghribi pada 10 Julai ini, bermula jam 4.00 pagi.
Lebih daripada sekadar siaran langsung, watchalong ini menjanjikan pengalaman menonton yang penuh dengan interaksi, analisis dan gelak tawa bersama komuniti peminat bola sepak tempatan.
Rasai suasana seperti di mamak
Ramai peminat mengakui bahawa menonton bola bersama rakan-rakan menjadikan setiap detik lebih mendebarkan.
Melalui watchalong VOCKET, penonton boleh menikmati ulasan spontan, perbincangan taktikal dan reaksi secara langsung daripada hos, seolah-olah sedang bersembang di meja mamak sambil menyaksikan perlawanan.

Konsep ini menjadikan setiap jaringan, percubaan dan keputusan pengadil lebih hidup kerana anda turut berkongsi keterujaan bersama peminat lain yang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: