Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Mikel Merino Wira Sepanyol Ke Separuh Akhir

today11 July 2026

Background


Sepanyol meneruskan kemaraan mereka ke separuh akhir Piala Dunia 2026 selepas menewaskan Belgium 2-1 dalam aksi suku akhir yang berlangsung penuh dramatik di SoFi Stadium, Los Angeles.

Skuad kendalian Luis de la Fuente membuka tirai jaringan pada minit ke-30 menerusi Fabian Ruiz.

Gol itu hadir selepas percubaan Dani Olmo gagal ditangkap kemas oleh Thibaut Courtois sebelum Ruiz pantas menyambar bola muntah untuk meletakkan Sepanyol di depan.

Namun, Belgium enggan mengalah. Hanya beberapa minit kemudian, Charles De Ketelaere menanduk masuk gol penyamaan hasil hantaran berkualiti Kevin De Bruyne.

Jaringan itu turut menamatkan rekod luar biasa Sepanyol yang tidak dibolosi sepanjang kempen Piala Dunia kali ini.

Separuh masa kedua menyaksikan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan.

Lamine Yamal, Nico Williams dan Dani Olmo terus mengancam kubu Belgium, manakala Jeremy Doku serta De Bruyne beberapa kali memaksa Unai Simon bekerja keras mempertahankan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Axello


Previous post

Sukan

Benua Afrika tetap menang hati peminat

Atlanta: Harapan Afrika di Piala Dunia berakhir selepas Maghribi tersingkir, semalam, namun benua itu tetap berpuas hati dengan pencapaian mereka pada edisi 2026 walaupun tiada pasukan berjaya mara ke kelompok empat terbaik.

today11 July 2026