
Presiden FIFA, Gianni Infantino mengesahkan cadangan tersebut akan dikaji selepas kejayaan format baharu 48 pasukan yang diperkenalkan pada Piala Dunia 2026.
Ini akan membuka sejarah baharu dalam penganjuran Piala Dunia, yang merupakan acara sukan nombor 1 di dunia.
Menurut Infantino, bola sepak kini semakin berkembang di seluruh dunia dan lebih banyak negara wajar diberi peluang beraksi di pentas terbesar.
“Seluruh dunia perlu bermimpi untuk bermain di Piala Dunia, bukan hanya Eropah dan Amerika Selatan,” kata Infantino ketika mengulas idea tersebut.
Piala Dunia 2026 menjadi edisi pertama yang menggunakan format 48 pasukan selepas kejohanan itu kekal dengan 32 peserta sejak 1998.
Jika cadangan 64 pasukan diluluskan, ia akan menjadi satu lagi perubahan besar dalam sejarah kejohanan tersebut. Piala Dunia 2030 sendiri sudah unik kerana akan dianjurkan merentasi beberapa negara dan benua — melibatkan Sepanyol, Portugal dan Maghribi sebagai tuan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: