
PETALING JAYA – Pengeluar teh terbesar Malaysia, Boh melancarkan produk edisi terhad, Permata Cameron bagi meraikan warisan teh negara yang kaya sekali gus menawarkan pengalaman unik buat pengunjung.
Membawa pengalaman selama 97 tahun dalam penanaman dan pemprosesan teh, Permata Cameron adalah hasil adunan premium daripada daun teh yang dipetik dari Ladang Teh Sungei Palas, Cameron Highlands.
Ketua Pegawai Eksekutif Boh Tea, Jason Foo berkata, produk eksklusif itu dirangka khusus untuk memberi peluang kepada para peminat dan pelanggan merasai keunikan teh tanah tinggi Malaysia.
“Kami berharap ia menjadi buah tangan yang bermakna bagi pelancong untuk dibawa pulang sebagai kenangan unik dari Malaysia tambahan pula dengan kempen meraikan Tahun Melawat Malaysia 2026,” katanya dalam kenyataan.
Foo menerangkan, dari sudut kualiti, Permata Cameron menggabungkan teh hitam dengan sitrus seperti lemon, mandarin dan bergamot bagi menghasilkan minuman yang aromatik,…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: