
Seorang lelaki sama sekali tidak menyangka menjadi saksi kemalangan maut melibatkan bapanya, di simpang lampu isyarat Bandar Seri Cendana di Sungai Petani, Kedah hari ini.
Artikel Berkaitan: Ubai Imbas Detik Cemas, Tiga Kali Nyaris Maut Dalam Kemalangan – ‘Berguling Atas Highway, Kereta Elak Langgar Saya
Bapa mangsa kemalangan


Memetik laporan Berita Harian, mangsa Wan Mohd Shamsury Wan Mohd Samsudin, 48, dipercayai keluar dari kediamannya di Bandar Seri Astana untuk ke tempat kerja di Butterworth, Pulau Pinang sebelum terlibat dengan kemalangan jam 8.40 pagi.
Anak kepada mangsa iaitu Wan Muhammad Shah Danial Wan Mohd Shamsury, 25, berkata, dia secara kebetulan melalui jalan yang sama pada waktu bapanya menghembuskan nafas terakhir.
Sebelum ini, saya hanya melihat berita memaparkan kemalangan membabitkan penunggang motosikal di tempat lain namun tidak menyangka perkara sama berlaku pada bapa saya sendiri, terkejut sangat.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: