
Kelab gergasi Arab Saudi, Al-Nassr FC dilaporkan berdepan masalah kewangan apabila mengalami kekurangan aliran tunai yang menjejaskan operasi harian pasukan.
Gaji pemain tertunggak


Menurut laporan Al-Riyadiyah, beberapa pemain skuad utama hanya menerima sebahagian daripada gaji bulan Jun, manakala pihak pengurusan masih berusaha menyelesaikan bayaran tertunggak kepada pemain.
Situasi tersebut mengejutkan ramai pihak memandangkan Al-Nassr sebelum ini melakukan pelaburan besar dalam beberapa tahun kebelakangan ini selepas kehadiran bintang dunia, Cristiano Ronaldo.
Krisis aliran tunai itu turut memberi kesan kepada perancangan perpindahan pemain apabila segala aktiviti pembelian pemain baharu kini terpaksa dihentikan buat sementara waktu.
Sebelum ini, Al-Nassr mencari calon bagi menggantikan pemain tengah Croatia, Marcelo Brozović yang telah meninggal kelab pada minggu lalu.
Bagaimanapun, kekangan kewangan menyebabkan pihak pengurusan gagal…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: