
BANTING – Lebih 250 peserta menghadiri Program Serumpun: Mahasiswa UUM Bersama Komuniti Temuan di Dewan Kampung Orang Asli Bukit Tadom di sini bertujuan untuk memperkukuhkan kerjasama antara institusi pendidikan, agensi kerajaan, sektor korporat dan komuniti dalam usaha memperkasakan masyarakat Orang Asli melalui pendidikan, keselamatan dan pembangunan sosial.
Program anjuran pelajar Kursus Pembangunan Masyarakat IV (VKMB2041), Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE), Universiti Utara Malaysia (UUM) dijangka dapat meningkatkan kesedaran komuniti mengenai penggunaan tenaga secara cekap melalui sesi literasi tenaga, di samping memupuk kesedaran terhadap amalan keselamatan dan langkah-langkah pencegahan kebakaran.
Pengarah Program, Mohd. Khairulnizam Zainodin berkata, program tersebut bukan sahaja memberi manfaat kepada komuniti Temuan, malah menjadi wadah kepada mahasiswa untuk mengaplikasikan ilmu yang dipelajari di universiti serta memupuk semangat kepimpinan,…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: