
JOHOR BAHRU – Ketika budaya media sosial semakin dipenuhi dengan kecenderungan menghukum berdasarkan episod kegagalan, usahawan terkenal, Datuk Wira Dr. Azizan Osman mengingatkan bahawa masyarakat perlu lebih matang dalam menilai perjalanan sesebuah perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) kerana kejatuhan bukanlah pengakhiran kepada sebuah perniagaan.
Percaya kegagalan itu sebahagian daripada realiti, kata Azizan, 52, apa yang lebih membimbangkan hari ini adalah wujud budaya yang terlalu cepat menghukum apabila sesebuah syarikat berdepan cabaran.
“Ramai tidak mengetahui apa yang berlaku di sebalik tabir, tekanan yang ditanggung oleh pemilik syarikat, keputusan sukar yang terpaksa dibuat serta pengorbanan yang dilakukan untuk mempertahankan perniagaan dan mata pencarian ramai pekerja.
“Ramai hanya melihat apabila sebuah syarikat jatuh, tetapi mereka tidak melihat berapa lama syarikat itu dibina, berapa banyak kegagalan yang telah dilalui sebelum berjaya, berapa ramai…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: