
Teman lelaki kepada pelakon Tiz Zaqyah, Nas Amer memaklumkan mereka masih merancang untuk mendirikan rumah tangga tahun ini selepas hasrat mengadakan majlis pada Jun lalu tidak dapat direalisasikan.
Menurut Nas, perancangan tersebut terpaksa ditangguhkan berikutan jadual kerja mereka yang padat selain beberapa urusan lain yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.
ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki Dipercayai Teman Istimewa Tiz Zaqyah Mohon Doa Orang Ramai – ‘Semoga Allah Permudahkan Segala Urusan’
ARTIKEL BERKAITAN: Tiz Zaqyah Rancang Kahwin Tahun Depan, Kenalan Sejak Kecil Jadi Pilihan Hati – ‘Bila Tiba Masanya Saya Buat Pengumuman Rasmi’
Jadual Tiz, Nas padat
“Kami memang masih berusaha untuk merealisasikan majlis perkahwinan dalam tahun ini. Cuma buat masa sekarang, jadual kami berdua agak padat dan ada beberapa perkara kecil yang perlu diselesaikan,” katanya.
Mengulas lanjut, Nas berkata mereka tidak pernah mengubah hasrat untuk berkahwin, malah kini sedang menyusun semula…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: