Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

KAEN Properties sedia pengurusan pelaburan hartanah

today4 August 2026

Background


PETALING JAYA – KAEN Pro­perties baru-baru ini memper­kenalkan penyelesaian pengurusan hartanah pelaburan yang membantu pelabur mengurus hartanah sewaan secara lebih sistematik, meningkatkan kecekapan penyewaan, mengurangkan beban pengurusan dan mengekalkan pulangan sewaan dalam jangka panjang.

Pengasasnya, Kason Khoo berkata, pelaburan hartanah sering dilihat sebagai salah satu instrumen untuk membina aset dan kekayaan jangka panjang. Namun, prestasi sesebuah hartanah pelaburan bukan hanya bergantung kepada pembe­lian aset, sebaliknya turut dipe­ngaruhi oleh pengurusan selepas pembelian.

Menurut beliau, antara aspek penting termasuk penyediaan unit, pengubahsuaian, pemasaran sewaan, pemilihan penyewa, kutipan sewa, penyelenggaraan berkala serta pengurusan tempoh kekosongan.

 

“Ramai beranggapan tugas mereka selesai selepas membeli hartanah tetapi hakikatnya, cabaran sebenar bermula apabila pelabur perlu menyediakan unit untuk disewa, mendapatkan penyewa yang sesuai…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post