
Legenda Portugal, Luis Figo, menggesa Presiden FIFA, Gianni Infantino meletakkan jawatan serta-merta susulan kontroversi rancangan menjual pegangan komersial Piala Dunia kepada pelabur ekuiti swasta yang mencetuskan bantahan pelbagai pihak.
Figo menyifatkan tindakan itu sebagai antara episod paling memalukan dalam sejarah pentadbiran badan induk bola sepak dunia. Menurutnya, seseorang yang menggunakan kedudukan untuk kepentingan diri sendiri tidak layak memimpin FIFA.
Dalam kenyataan terbukanya, Figo berkata, “Apa yang saya lihat didedahkan dalam tempoh 10 hari lalu adalah tingkah laku paling rendah, paling penuh tipu daya dan paling mementingkan diri yang pernah saya saksikan.”
Beliau turut mempersoalkan mengapa rancangan tersebut dilakukan secara sulit jika benar ia memberi manfaat kepada bola sepak dunia.
“Jika rancangan itu benar-benar begitu baik, mengapa tidak berterus terang bahawa ia akan memberikan anda pekerjaan bernilai AS$30 juta…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: