
Penyanyi, Ernie Zakri tampil dengan single terbaharu berjudul Sejambak Bunga yang mengangkat kisah tentang kebangkitan, penerimaan dan keberanian untuk terus melangkah selepas melalui pelbagai pengalaman hidup.
Artikel Berkaitan: Ernie Zakri Pertaruh Emosi Dalam ‘Tak Berlagu’, OST Filem Khadam
Lagu kekuatan


Menurut Ernie, lagu ciptaan Hael Husaini dan Iqie Hugh itu cukup dekat dengan fasa kehidupannya, selain membawa mesej bahawa setiap pengalaman, termasuk perkara yang menyakitkan mampu membentuk diri menjadi insan lebih baik.
Sejambak Bunga bagi saya ialah sebuah lagu tentang kebangkitan. Kita semua melalui pelbagai fasa dalam kehidupan dan setiap pengalaman itu sedikit sebanyak membentuk siapa diri kita hari ini.
Lagu ini adalah tentang menerima apa yang telah dilalui, belajar daripadanya dan terus melangkah sebagai versi diri yang lebih baik.
Bagi Ernie, kekuatan sebenar bukan terletak pada membalas setiap luka, sebaliknya kemampuan untuk memilih kebaikan dan bergerak ke hadapan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: