
Membesarkan anak dalam era digital mungkin menjadi antara cabaran terbesar yang dihadapi ibu bapa hari ini.
Telefon pintar, tablet, televisyen dan media sosial kini menjadi sebahagian daripada rutin harian kanak-kanak sehingga ramai ibu bapa mengakui sukar mengawal masa skrin anak-anak.
Namun bagi hos karpet merah Anugerah Juara Lagu 40, Fiza Frizzy, setiap keluarga masih mempunyai pilihan dalam menentukan batasan penggunaan gajet di rumah.
ARTIKEL BERKAITAN: Gentle Parenting Atau Cara Lama? Fiza Frizzy Pilih Jalan Tengah Didik Anak, Masih Guna Rotan!
ARTIKEL BERKAITAN: ‘Kalau Kawan Baik, Saya Okay Je Nak Bagi Pinjam’ – Fiza Frizzy Pesan Jangan Mudah Percaya Orang
Tegas Dengan Anak-Anak
Sebagai ibu kepada tiga cahaya mata, Fiza mengakui dia menetapkan peraturan yang agak tegas demi memastikan anak-anak lebih banyak berinteraksi dengan dunia sebenar berbanding skrin.
“Kalau gajet memang saya kawal. Anak-anak saya cuma boleh main gajet pada hari Sabtu dan Ahad sahaja, itu pun dua…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: