
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memaklumkan bahawa tempoh sah laku maksimum Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) ditetapkan selama 10 tahun berkuat kuasa serta-merta bagi mengelakkan kekeliruan dalam urusan perjalanan antarabangsa.
Artikel Berkaitan: Pasport Baharu Malaysia Kini Dikeluarkan, Dilengkapi 94 Ciri Keselamatan & Sukar Dipalsukan


Menerusi kenyataan yang dikongsi, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata penetapan itu dibuat selepas tular isu membabitkan beberapa pemegang PMA dengan tempoh sah laku melebihi 10 tahun menghadapi masalah ketika melakukan perjalanan ke luar negara.
Katanya, JIM sebelum ini sudah merujuk perkara itu kepada International Civil Aviation Organization (ICAO) dan maklum balas yang diterima tidak menghalang pelaksanaan tempoh sah laku PMA melebihi 10 tahun.
Bagaimanapun, kekeliruan mula timbul apabila beberapa pemegang PMA melebihi 10 tahun menghadapi masalah semasa pendaftaran masuk dengan beberapa syarikat penerbangan di luar…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: