Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

‘RM1 Juta Dah Tak Cukup Untuk Bersara Selesa Di Malaysia’ – Pakar Ekonomi

today12 August 2026

Background
Putrajaya & KL Catat Kos Sara Hidup Tertinggi, Negeri Mana Paling Murah? malaysia


Pensyarah Ekonomi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Mohamad Idham Md. Razak, menyatakan bahawa hakikat simpanan persaraan sebanyak RM1 juta tidak lagi mencukupi untuk menjamin persaraan yang selesa di Malaysia.

Menurut beliau, walaupun kadar inflasi rasmi kelihatan sederhana, komponen perbelanjaan utama seperti penjagaan kesihatan, perumahan dan barangan keperluan harian telah meningkat secara berterusan sepanjang masa, petik The Star.

“Ini menunjukkan bahawa inflasi sebenar yang dialami oleh pesara adalah lebih tinggi berbanding angka agregat yang dilaporkan, terutamanya apabila kos perubatan dan perbelanjaan berkaitan umur panjang terus meningkat.

“Situasi ini turut menyerlahkan cabaran risiko jangka hayat, di mana individu perlu mengagihkan simpanan mereka bagi tempoh persaraan yang lebih panjang, sekali gus menjadikan tanda aras simpanan sebelum ini tidak lagi realistik,” katanya.

Dr. Mohamad Idham turut menarik perhatian terhadap…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post